Sunday, October 23, 2011
Thursday, March 3, 2011
KHUTBAH TERAKHIR NABI MUHAMMAD S.A.W
walaupun dah pernah baca .....baca lagi....sesungguh x rugi pun lau membaca
berulang-ulang kali...........
" Wahai manusia dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, aku tidak mengetahui apakah
aku dapat bertemu lagi dengan kamu selepas tahun ini. oleh itu dengarlah dengan teliti kata-
kataku dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.
Wahai manusia, seperti mana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, maka
anggaplah jiwa dan harta setiap orang muslim sebagai suci. Kembalikan harta yang
di amanahkan kepada kamu iaitu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti
sesiapa pun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu
akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segalah amalan kamu.
Allah telah mengharamkan Riba', Oleh itu segala urusan yang melibatkan Riba' di haramkan
mulai sekarang.
Baginda menambah."semua amalan riba di hapuskan. Namun kamu berhak memiliki modal
kamu tanpa kamu menzalimi atau di zalimi. Allah menetapkan tiada lagi Riba' di amalkan."
Disini dapat kita lihat amalan riba ditolak sama sekali dalam islam kerana menindas peminjam
dengan mengenakan bayaran kembali dalam jumlah melebihi modal di pinjamkan. Ini menzalimi
si peminjam yang kemungkinan besar masih kesempitan wang.
Sistem perbankan dunia kini yang berlandaskan riba juga menyebabkan krisis ekonomi yang
yang menekan negara miskin terutama negara dunia ketiga. Oleh itu, sesiapa yang mengamalkan
riba ibarat memerangi Allah yang dosanya adalah besar di sisi Allah.
Berwaspada terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dan dia telah berputus asa utuk
menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak
mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.
Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak ke atas isteri kamu, mereka juga mempunyai
hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atsa kamu, maka mereka
juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita
kamu dengan baik, berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah
teman dan pembantu yang setia.Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh
memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.
Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, Dirikanlah solat lima
kali sehari, berpuasalh di bulan Ramadhan dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu , kerjakanlah
ibadat Haji sekiranya kamu Mampu . Ketahuilah bahawa setiap muslim adalah bersaudara kepada
muslim yang lain. Kamu semua adalha sama, tidak seorang pu yang lebih mulia dari yang lainnya,
Kecuali dalam Taqwa dan beramal soleh.
Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari nanti untuk di pertanggungjawabkan
di atas segalah apa yang telah kamu kerjakan . Oleh itu awasilah agar jangan sekali-kali terkeluar
dari landasan kebenaran seleapas ketiadaanku.
Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama
baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang aku sampaikan
kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kedapa kamu dua perkara, yang sekirannya kamu
berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya.
Itulah Al-Quran dan Sunnahku.
Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku menyampaikan pula kepada orang lain.
semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dari ku.
Saksikanlah Ya Allah bahawasannya telah aku sampaikan risalah mu kepada hamba-hambamu."
(Khutbah ini disampaikan oleh Rasullah s.a.w pada 9hb Zulhijjah Tahun 10 Hijrah di Lembah Uranah,Gunung Arafah.)
: